CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 11, 2009

Pameran Gaza + aku yg kurang senonoh (wahahhaha)

hari ni kat opis aku adalah wat pameran sket, pameran yg diberi nama Pameran Foto Kesedaran Palestin yg dibawa oleh Kementerian Luar Negeri (Rais Yatim punya org la) hehehhe..



Xtually pameran ni bagus sgt kalau diberi tonton kat mereka yg gengster (la sgt), aku rasa an x mustahil kalau Malaysia boleh jadi mcmni, andainya pemimpinnya x spt org yg pandai memimpin, ok, sebenarnya bukan aku nak citer sangat pasal pameran yg aku tetiba boleh pergi ni, hehehe
ini sumer hasil hasutan membe aku si zaidi ngan fairus tu, dorang yg merasuk aku untuk pergi ke pameran itu, wahahahhaa..

so kitaorg pun pergilah, tapi bukan kitaorg bertiga jer, kawan kitaorg agi sorang pun ada, si cute lady, ehehe nama dia erm ape ek, oh ha nama dia norliyana @ Norly, ehehhe, dia ni my senior masa poli dulu (tp x penah jumpa pun, tua dah dia time aku baru masuk poli tu) wakakkak..

so kitaorg g r empat org, berjalan ala2 yb, (kononla an) wakakkak.. menuju ke tapak pameran tu, di tingkat bawah sekali..berjalan sambil membuat pelbagai memek muka, (sebab tgk gambar2 yg agak ngeri r, kalau jadi kat aku, xtaw r camana) pastu sempat gak r an bergambar, bukan nak sgt bergambar, tapi tetiba ada sesuatu yg berbisik suh aku amik gambar, padahal time tu jiwa ngah sayu tgk gambar tu, ehehhehhe (sayu ke?)

so tengoklah gambar ni ek, wahahhahha, tgk jelah, xnak tgk pejam mata, huhuhuhu





























Friday, March 6, 2009

KENAPA AKU LETIH BEKERJA ???

KENAPA AKU LETIH BEKERJA..... ???


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :


Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :


Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara.Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie.

Mana aku tak letih!!


Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!


P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak