CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 25, 2008

yahuuu..raya..

arini last day aku keje,sok au cuti..yahuuuu..
xsabar nak balik kg..

kepada semua aku ucapkan selamat hari raya maf zahir dan batin, andai ada tesilap kata tersalah laku n perbuatan ,minta dimaafkan la..

selamat hari raya semua!!

Monday, September 22, 2008

AiDiLfItRi BaKaL mEnJeLaNg TiBa

salam kepada semua reader n visiter blog aku nih, rasanaya agak lama aku x update blog aku ni (x la lama mana pun) xtualy agak bz sket (wat² bz jerk) ahhaha..

harini hari ke-22 kita pose n scara x lgsg lagi 8hari je kita nak raya,wah AiDiLfItRi BaKaL mEnJeLaNg TiBa, x sabar rasanya..korang dah siap ke sumer baju raya, kuih raya n ape² yg patut?

disini aku nak amik kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan nak minta maaf zahir n batin, n kalau² ada terkasar bahasa,terkurang ajar ke, perbuatan yg x disenangi ke, kekadang aku x pasan, aku minta maaf k? sesungguhnya aku ni manusia yg lemah n hanya manusia biasa yang x pnah lari dari kesilapan, susungguhnya yang baik tu datang dari Dia, yg buruk dari diri aku sendiri..aku jugak nak minta maaf kat MAZLIZAWATI a.k.a LIZA kerana saya bnyk dosa ngan dia, eheks..

so kepada semua, SeLaMaT hArI rAyA aIdIlFiTrI..

Wednesday, September 17, 2008

CUCUR UDANG PUNYA CERITA

Ada sorang bekas samseng tu, dia dan wifenya jual cucur udang
setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang
kesamsengan lagi...
Setelah beberapa tahun berniaga maka terkenal le cucurnya
seantero negerinya... dan pada satu ari dgn tiba2 datang le
sekumpulan manusia yg jugak samseng sepertinya satu ketika
dulu, hendak merasa sendiri kelazatan cucurnya seperti yg
diperkatakan ramai makhluk... maka sekumpulan samseng tu pun memborong habis kesemua cucurnya...
Dengan lahapnya ketua samseng tu merasmikan dulu merasai
cucur tersebut...dan dengan tak semene2 ketua samseng tu pun
kata... " dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor
udang pun aku tak nampak" dan penjual cucur udang rasa
bengang tahap maksima apabila disindir begitu... dia pun
selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya...
"ooooo... cucur udang aku takde udang korang bising...
tu... orang yg jual cucur badak tapi takde badak...korang tak bising pulak" hah!!!!
HAHAHAHA..

CINTA SI BUTA

Once Upon a Time.......

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran.Amin,
pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan
mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"....

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata,"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satu pun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.

Entah dari mana datangnya, tiba- tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur.

Diberikannya satu sudu dan berkata,"Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?"tanya Yati tak faham."Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut,mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........"Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia"Amin: ???????????

tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "

teka teki seronok

Apa beza kacang panjang ngan seluar panjang ?
== Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang...

Banyak-banyak mi,mi ape yang takleh di makan???
== Misai

Batang ape yang kalau org pegang-pegang nanti kena gatal-gatal?
== Batang Keladi

Bulan dan bintang ,mana anak mana bapak???
== bulandan anak, tang bapak...( Bulandan bin Tang )

Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen jer.Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen.Camne dia nak pegi tempat tu?
== Dia buat muka seposen jek , 50 sen + 10 sen == 60 sen

Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?
== Katakanlahhhhhh.....

Knape penggali kubur, bile nak gali kubur, dia tak pakai spender?
== Takkan nak pakai spender, pakai cangkul ler...

Tempat apa ni......peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
== Tempat Perkuburan...seram tak...hehhe

Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?
== Si Katun ler....hehehhe

highlightkan bawah soalan tu kalau nak taw jawapan dia.. huhuhhuh

adakah anda Pak Pandir?

hahahahaha….. adakah anda juga tergolong dlm kategori pak pandir?

Bagaimana mengenali Pak Pandir?

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbar u orang itu.
* dia fax surat dengan stem diatasnya.
* cuba melemaskan ikan dengan mer endamnya didalam air.
* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
* study hard untuk ujian darah.
* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.



* dia baca mesej ini. hahahahahah. .. adeh adehh.. hampehh

ahaha... :D

WANITA OH WANITA

Kalau baca yg bab wanita tu rasa cam tak puas ati jer...tapi ader jugak betulnya kan...ehehe. ...jgn marah ek...(SKADAR HIBURAN)

Lunch time

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk. .
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!

stuju x, kalau aku kata pompuan ni gelabah lebih? ahahhahhaha..

Kisah 4 Pengantin Baru

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang
sangat disayangi


iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi
honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau
Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah.
Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas,
padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.


Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'.. Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya....

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA '. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...??


'7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI


kekekkekek...

p/s: pada yang tak paham, wat² la paham

Hakikat Sebuah Pernikahan.. .

Ada banyak alasan manusia yang
membuat dasar dari hakikat pernikahan.
Hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? Cuba kita
lihat…dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana nafsu, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana HARTA, maka pasangan bakal
bubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KECANTIKAN, pasangan bakal
lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana ZURIAT, maka pasangan akan
cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak
dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan
lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana CINTA, hati manusia itu tidak
tetap dan mudah terpikat pada hal-hal
yang lebih baik, lagi pula manusia.
Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana IBADAH kepadaALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH
mencintai hambaNYA melebihi seorang
ibu mencintai bayinya. Maka tak
ada alasan apapun didunia yang dapat
meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.

Tuesday, September 16, 2008

mampos aku

hari ni hari malang bagi aku, aku dahla bangun lambat tadi, kelam kabut g opis, pastu sibuk dok updated blog ni, last2 time aku selok poket blakang aku, huwaaaaaaaaaaaaaaa.... wallet aku trtinggal kat umah..MAMPOS AKU.. harap² time balik kang xde roadblock, kalau ada, mati la aku..huwaaa.... camana ni? minta² selamat la aku kang..nyanyok r aku ni..

p/s: kejadian disedari pada pukul 4.00 ptg..
tempat kejadian atas kusi aku kat opis

kisah si dila




ni pulak membe aku g sorang, dia kata x aci la gmbar dia xde, so aku pun watla cerita serba sedikit pasal dia.. wahahaha.. mcm apa dah aku ni, dia ni nama ey dila, aku panggil dia GOLAK, ahahha. time study lu dia mmg terkenal ngan panggilan golak, sbb dia suka sbut pkataan tu..dia ni dlm kelas nampak cam diam, tp sbnrnye plastik wahahhaha..kalau dia da sembang, bis r..dia ni pun ada kisah gosip meliar yg agak panas time blaja dulu, tp BIARLAH RAHSIA. huhuhu


dia ni suh aku buh gmbar dia jugak, n gmbar pakwe dia pergh hensem (misai mahal) huhuhu..so aku pun letak la gmba dia, aku pun tataw nak citer pe lagi pasal minah ni, if u want to coment about her, dont shy² just leave ur comment. ahaks, comment baik ke buruk ke, x kisah, lantak korang, aku approvekan ajer..ni ha gmbar dia n gmbr dia ngan balak dia




p/s: ilang market budak ni

bosssss n secretary

Subject: bosssss

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takdekelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...
Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadiuruskan semuanya..


Woakakaka....penat aku nak tulih lagi nie...pose maa.....

kisah si nad


ni plak nad dak kelas aku, dia ni kata diri dia baik, comel dan penyayang.. tul ke?

tul la kot. ahahha.. tp dia ni mmg bek, ingat masa zaman kat poli, byk dia tlg aku, especially time pose.. ahaha.. knangan sungguh byk ngan dak ni.. knangan manis dan pahit pun ada..ehehe..neway dia sorang yg understanding la, mcm cikgu kaunseling pun ada gak.. sore sedap beb kalau mnyanyi, xpcaya test r dia, test sore dia, bukan test dia ahahahaha..dak ni skang bekerja di KPTM, stiausaha tu beb.. jgn men2.. ahahaha, so sesapa rasa nak mkn pencen dia nanti, leh r try line dia. ahaks


sesapa nak komen pasal minah ni, komen la, baik buruk pun xpe.. at least kita kna jujur..ahahaha...

Selamat Pengantin Baru







Dikesempatan ini aku nak jugak ucapkan Selamat Pengantin Baru kat kdua-dua kawan aku ni ha, PALI & BIHA.. biha ni dak kelas aku yg paling best (kpala gegila jugak) hehehe..dorang mmg best la, dah kawin dah ni ha.. moga berbahagia ke anak cucu cicit dan cocot hendaknya..awal seru dorang, so kepada sumer kekawan kita (especially DSK) doakanla kebahagiaan mereka..n bila da dapat baby tu, jgn lupa gtaw kami.. huuhuhu.. aku doakan yang terbaik wat korang, neway korang memg sesuai, secocok lagi..


kepada pali, jaga biha leklok
kepada biha, jaga pali leklok


p/s: zila pun nak masuk gmbar gak.. ahahha



Selamat Pengantin Baru







Ada Untukmu


Di sana pungguk menanti

Mengharap bulan membalas rindu di hati

Di sini aku berdiri

Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah

Janji yang puitis

Tuk persembahan

Hanya ketulusan Sekeping hati suci

Aku Berikan kasih

Kalau itu yang kau mahu dari ku

Aku Berikan cinta

Untuk membahagiakan hari mu

Aku Sayang dirimu (menyayangimu)

Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita,Mendirikan Taj Mahal cinta

Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua

Semakin tiba saat bahagia

Merai cinta kita

aku dan dia


Seperti ada yang tak kena

Saat melihat ke arahmu

Saat kau berpaling dan tersenyum

Dunia jadi luar biasa
Maafkan andainya ku mengganggu

Bukan membaca fikiranmu

Hanya ingin mengenalimu

Dan tahu ku menyukai kamu
Mungkinkah ku teman biasa

Seawalnya kita berjumpa

Mungkinkah kau tidak perasan

Perbezaannya…
Mungkin bila tiba saatnya

Kita akan tetap bersama

Mungkin kita kan jatuh cinta

Mungkinkah…


dah jatuh pun. wahaha

Detik sweet bersama


haa.. ni lagi satu gmbar yg aku korek punya korek baru jumpa. time ni agak meriah r, DSK SPORT DAY.. wah.. memasing nak tunjukkan sikap kepimpinan kecuali org2 yg dlm gmbar ni (aku x la, aku saja je nak mik gmbar ngan dorang) ahahahha.. ada ke patut, time orang dok bersukan diaorang ajak aku makan, ish ish isk, aku pun xnak menghampakan dorang, aku pun join la dorang mkn skali.. ahahahha... (yeke?) ahhaha.. neway ni la saat paling manis ngan cewek² orang ni..

membe yg da bomb


ha ni citer membe klas aku (time poli), 2 orang ni mmg malatup la dlm kelas dulu (yeke?) kemana bdua jer..cun pun leh tahan, mulut pun leh tahan.. ahahha.. dua² dari johor.. mmg njoy kawan ngan dorang..otak sama ngan otak aku.. (yeke? ntah) ahahhaha..neway sesapa yg bekenan leh la knalan ngan dorang (tupun kalau dapat) ahahha


*sikin

*azie

my besh fwenn


ni la my bes fwen..sjak dari skolah rendah sama², wat baik sesama, wat jahat sesama (tp dia lebih sket r) ahahhaha.. dia ni da best person.. arif nordin namanye..pakar IT ni, nak minta tlg dia, sila lah (caj dikenakan) huhuu.. neway.. aku ngan dia mmg memacam knangan ada, terutama yg membuatkan dia tluka (jatuh moto time aku ponteng ngaji quran) perghh.. wili habis tu ngan dia.. ahahahah.. (xleh lupa knangan tu, jauh je dia lari) ahahahhha... kitaorg sama2 pgawas pusat sumber time skolah rendah dulu (hensem tu dia ni pakai baju hijau) ahahaha..neway.. he is da best fren in da city huhuhu..

Heii.. Wonderpet

tpon..tpon berbunyi, tpon..kami datang..ada haiwan dalam bahaya... d'sana..Wonderpet² kami datang..m'bantu anak lembu yg dlm kesusahan.. kami x bsar,dan kami x kuat, bila bekerjasama sumer jadi mudah..Heii..Wonderpet..

huuhuuh.. aku minat gila kartun ni..syiok woo.. bila dgr lagu ni je, tringat masa kursus kat INTIM, bersama² 3 jejaka yg hensem..ahahha..ayuh kawan²... Apa yang pentingg~~? Kerjaasaamaa~~ huhuhu...

rakan² ku.. mish u all (mana korang da~~)


ni lah kawan² time skolah dulu, memasing skang dah bjaya,ada yg jadi engineer, lawyer,doktor,n bemacam² lagi (tul ke?) kepada sumer² geng aku ni, kontek r sesama kita balik, susah senang bsama.. apa yang penting? kerajaaasamaa.. ahahhahaha.. mish u all (hak tuih)_muahahaha

Monday, September 15, 2008

15 september 2008

harini aku telah mencipta sejarah tersendiri kerana telah berjaya menghasilkan blog sendiri, eheheh.. walaupun bulan pose aku sanggup kesana kesini untuk mencari bahan nak letak dlm blog nih, ehehhe.. pnat sungguh penat..neway, selamat berpose kepada sumer visiter blog aku ni, blog ni akan di update dari semasa ke semasa, disini saya juga nak minta jasa baik korang sumer untuk mengVOTE saya, di top100 blogger tu, eheheh.. dan andai korang sumer nak gmbar korang ada dlm blog aku, leh la send gmbar² kalian ke email aku, shahrul_hafidz05@yahoo.com
especially my classmates dulu, gmbar2 knangan kita, hntr je, kita jadikan blog ni tmpt melepas rindu zaman silam, ehehhee..thanks..

thanks to her


aku nak ucapkan trima kasih kat fira yg telah menolong aku untuk mengisi masa lapang yang agak melapangkan aku..disini saya menjemput semua..eh pe aku merepek ni..neway thanks fira sbb ko dah tolong aku wat natang ni.. eheheh.. ~JASAMU DIKENANG~


ni ha muka kawan aku yg cute tu..(cute ke? lu pk r sendiri~~)

HAHAHHHA

AKU PUN DAH REGISTER JUGAK DALAM TOP 100 MALAYSIAN BLOG NI,
SO KEPADA SESAPER YG HENSEM DAN CUN JUGAK KACAK N JELITA SILA LA VOTE TUK AKU EK? AHAHAHAHA...


sumber ilham aku


ha ni lah sumber ilham aku, da nak masuk 6 bulan pown, moga berbahagia la hendaknye aku ngan dia ni, kalau ada kalangan mereka yg jeles ttg hubungan ini, lantak korang la, aku taw sapa yg jeles tu.. tp malas r aku nak ckp.. wait n see je r. ahahhaa


love her so much.. ~ShahIeda~

kak ina n her daughter





haa.. ni akak aku nye citer lak (akak no 3), dia pun nak fames gak masuk blog..(lawak jerk) ni gambo dia ngan anak dia, sorang je, anak buah aku ni nama dia nurizzah atirah..nakai gak r, tp cute mcm pakcik dia (aku la tue) ahahahha.. ni gmbar akak aku n anak dia

see this!!

Haaa.. ni vdo yg aku sempat wat, khas tuk family aku, sajalah aku wat n aku nak share ngan korang.. jemput la tgk (tupun kalau leh tgk)

my parent, love them so much!!


ha ni gambar parent aku, dorang r yang melahirkan aku, kalau dorang x kawin, sure aku xde kat sini, n sure aku xleh wat blog ni,ahahhaha..walaupun kekadang aku agak 'sopan' ngan dorang, tp aku tetap sayang dorang, (cuma segan je nak gtaw dorang)
ehehe..

aku kah ini?




pada dasarnya, wah pada dasarnye plak.. xtually ini adalah percubaan berani aku yg ptama, (kepada fira, hang ingt hang je ka ada blog) wahahahah..

aku pun tataw nak tulis pe kat blog ni, tp untuk membuang masa aku yg begitu banyak ni, aku men buat je blog ni, xcantik ke huduh ke, aku dulik pe, blog aku.. cuba tgk dak ni, cute x? ahahhha.. inilah aku ketika zaman cute² dulu.. komen r kalau berani..