CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 20, 2009

Taktik Spontan Untuk Menggoda!!

ni ada sorang hamba Allah ni bagi kat aku email ni, aku plak dah kebosanan tahap gaban, bak kata lecturer aku, gaban pun x sebosan aku, wahahhaha...aku nak post samting tuk korang yg dah kawin or bakal nak kawin atau yg dah kawin tp belum nikah, (ark, kuang ajaq sungguh) huhuhu.. renung²kan dan selamat beramal..



1. Cuit-cuit



Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,
cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya.
Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya.
Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?
Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.(berhati-hati di jalan raya)wahahha



2. Kenyit-kenyit.



Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang.
Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.
Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu.
Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini.
Respons dia juga tentu menggemberikan hati anda.



3. Ops, maaf terpegang.



Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang
kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya,
bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, '
ops, maaf terpegang, tak sengaja?
Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda.
Aduh,boleh cair jadinya.



4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.



Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia.
Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda
dan ketika itu anak anda sedang tidur.
Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.
Sekalisekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besarsangat.
Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap.
Bukan apa, kalau nampak sikitkan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak.
Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci.
Barulah ada'ummphhh!? (untuk bacaan 18 tahun ke atas)



5. Tersentuh tangan.



Kalau duduk sebelah menyebelah,
rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh.
Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja.
Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.



6. Urut mengurut.



Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.
Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja.
Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.



7. Usik melalui telefon.



Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan
berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang.
Anggaplah seperti orang salah nombor.
Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah.
Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah
pada andap erkenalkan lah diri anda.
Tentu menarik.
Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima.
Silap gaya, anda pula di marahinya.



8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap.
Si dia pun sekali sekala nak jugarasa makan bersuap.
Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu.
Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.





9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, d
iri sendiri pun kurangterurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan.
Kalau rambut si diaterjurai sehingga menutup matanya,
betul-betulkanlah rambut tu.
Buat denganlembut.
Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman.
Wah, romantiknya.




Ada banyak lagi sebenarnya, tapi mcm malas je nak kongsi ngan korang, wahahhahha...cukup2 lah ek, kalau nak tahu selebihnya, tinggalkan email anda ok?

0 comments: